Friday, 17 June 2016

Agar Puasa Berbuah Taqwa

17 Jun 2016 (Jumaat) 9.30 pagi


Ustaz Mohd Syafiq Abd. Latip

JAKIM





Perlu ada 4 perkara



1. Perlu tahu apa yang dimaksudkan sebagai Puasa.


  • Pensyariatan Puasa
  • Tawaran Puasa - 
  • Ramadhan sebagai penghulu kepada semua bulan.  Gandaan pahala sangat tinggi. 
  • Doa sangat baraqah dan mustajab. 
  • Penuh keampunan.
  • Laksanakan ibadah dengan bersungguh-sungguh.
  • Pintu syurga dibuka luas. Pintu neraka ditutup.
  • Taqwa bermaksud hati-hati.
  • Perlu ada roh semasa bulan Ramadhan.
  • Ada dua jenis musuh - musuh dalaman atau musuh luaran
  • Perlu jihad lawan nafsu.
  • Kerangka Agama & Puasa.
  • Input - Persoalan Aqidah sama ada kuat atau lemah dalam keyakinan kepada Allah swt. Aqidah itu umpama ikatan kuat atau rapuh pada hati. Jika rapuh akan mudah terpengaruh dengan syaitan.  Contoh adalah orang berpuasa tetapi tidak solat. Apabila mendengar azan terus solat. Panggilan azan menjadikan Allah swt lebih besar dari yang lain. Pemahaman puasa sebagai taqlik atau lemah. Kerosakan mindset kepada niat. Tujuan menjadi tidak betul dalam kehidupan. Setiap tujuan kerana Allah swt. Nilai - meletakkan keutamaan dalam perbuatan. Allah swt akan menilai sama ada kita sebenarnya sebagai hamba Nya atau sebaliknya. Meletakkan nilai kepada Allah swt sebagai keutamaan dalam kehidupan di sisi Allah swt. Input sama ada kukuh atau tidak.
  • Proses - Puasa adalah proses. Puasa perlu ada ilmu Ramadhan. Sama ada kekurangan, nilai tambah dll. Contoh  bersahur. Sahur mempunyai baraqah sebab ia adalah sunnah. Perbezaan antara puasa sebagai Islam atau bukan Islam. Sunnah Rasulullah saw bersahur dengan 3 biji kurma. Waktu sahur terus berzikir dan memohon keampunan. Sahur mencegah gastrik mengikut kajian University Harvard. Berbuka puasa atau Iftar. Sunnah Rasulullah saw berbuka puasa dengan ratabat iaitu kurma basah dan tamaraq atau kurma kering. Pada ketika Iftar boleh berdoa kepadaAllah swt. Ada 3 doa yang barakah iaitu doa pemimpin yang adil, orang yang dizalimi dan orang yang hendak berbuka puasa. Sebelum berbuka buat aktiviti seperti membaca al-Qur'an. Kualiti dan kuantiti membaca al-Qur'an. Bertadarus sepanjang malam. Melaksanakan sadaqah dll. Banyak fadhilatnya. Memeriah mwsjid dan berniat iktiqaf. Solat sunat dll.
  • Output - perlu Input dan proses betul. Elakkan output negatif. Matlamat taqwa. Muhasabah dalam amalan Ramadhan. Pastikan terus istiqamah. Amalan puasa perlu ada peningkatan. Fasa perubahan peningkatan kehidupan. Sambutlah kemenangan. Jangan terus kekufuran. Indikator taqwa perlu dilihat dan dikawal. Fitrah kembali kepada Allah swt bukan terus fitnah. Muhasabah diri perlu ada taubat. Sentiasa bertaubat kepada Allah swt. Kita sering melakukan dosa dan kita perlu sentiasa bertaubat. Taubat perlu disegerakan. Jangan tertangguh. Sesungguhnya mati tiada penangguhan. Maut tidak kenal masa. Syarat taubat mesti menyesal, tidak mahu mengulangi lagi kepada Allah swt. Kalau dengan manusia, perlu minta maaf. Oleh itu, azam untuk perbaiki diri dengan solat, sadaqah, zikrullah dll.
  • Al-Qiyam di mana hidupkan amalan ibadah malam. Memohon keampunan dll.
  • Doa di mana Allah swt menyuruh kita sentiasa berdoa. Sesungguhnya Allah swt amat dekat dengan mereka yang berdoa kepada Nya. Sebagai hamba yang tidak sombong dan sentiasa berdoa kepada Allah swt.
  • Dalam berpuasa perlu ada contoh. Contohi perang Badar di bulan Ramadhan. Pengajaran, puasa kena bersungguh. Jangan jadikan sebagai alasan. Perlu lebih produktif. 300 pejuang Islam melawan 1000 orang bukan Islam. Ketua mesti turun dalam segala hal untuk mendidik organisasi yang dipimpin. Standy pelan kecemasan. Puasa mesti ada perancangan Pelan B.  Gandakan persediaan. Dalam bulan Ramadhan perlu banhak doa. Jangan mati selagi tidak bertaqwa kepada Allah swt.
  • Ikhlas - laksanakan sesuatu dengan keikhlasan kerana Allah swt. Ia perlu dilaksanakan. Oleh itu, ikhlas akan datang selepas usaha dibuat.
  • Roh - Dalam melaksanakan sesuatu dengan kesungguhan kerana Allah swt. Amanah yang Allah swt berikan tanpa mengharapkan balasan.
  • Amalan yang berterusan selepas kematian - doa anak yang soleh, ilmu yang bermenafaat dan sadaqah amal jariah.





Friday, 13 May 2016

Ramadhan ... Aku Merindui Mu 2016

13 Mei 2016 (Jumaat)

Drs. Ahmad Termizi bin Abdul Razak al-Jangkangi


Pengarah Urusan
At-Tirmidzi Consultant Centre


Apabila memasuki Ramadhan al-Mubaraq, hati perlu bersih. Hati yang bersih akan memudahkan rezeki, mencerahkan hati dan memurnikan jiwa. Amalkan surah-surah berikut:

(a) Surah ar-Rahman
(b) Surah Yassin

Apa yang perlu dididikan hati:


(a) Zikirrullah
(b) Tasbih
(c) Tahmid
(d) Solat Dhuha
(e) Solat Tahajjud
(f) Istighfar

Pergaulan di kalangan orang-orang yang soleh. Orang-orang yang beramal dan berpesan dengan kebenaran. Apa yang perlu ada pada diri:


(a) Taqwa
(b) Amal

Amalkan tujuh perkara:


(a) Solat Berjemaah terutamanya waktu Suboh.
(b) Sentiasa mengaji al-Qur'an selepas Suboh.
(c) Istighfar
(d) Zikir
(e) Tahajjud
(f) Sedekah
(g) Senyuman

Friday, 15 January 2016

Maulidur Rasul 1437H : Saya Sayang Rasul

15 Januari 2016 (Jumaat) 9.30 pagi

Ustaz Haji Mohammad Rozie bin Mohd Rejab
Ketua Pegawai Eksekutif
Akademi Rayhar



Wasiat Rasullullah saw ada 2 iaitu Al Qur'an dan Sunnah.

1. Buat apa yang Nabi Muhammad saw suka buat.
2. Rajin bersalawat dan rajin beri salam.
3. Rajin berikan senyum. Wajib bagi seorang isteri membalas senyuman suami
4. Rajin menyapa dan rajin menyantuni seseorang.
5. Serasikan dengan sahabat dalam kehidupan. Tertib dan sopan dengan masyarakat. Sesuaikan dengan setiap keadaan.
6.  Rajin ziarah dan bertanya khabar.
7. Rajin mendoakan dan rajin beramal dan rajin kasihkan sahabat.
8. Ajarkan 3 perkara:
(a) Ajarkan rajin baca Al Qur'an.
(b) Ajarkan sirah Nabi Muhammad saw.
(c) Ajarkan cinta Nabi Mubammad saw. Cintakan keluarga Nabi saw. Lihatlah bagaimana layanan, hubungan, pendidikan, dll.